POLISAS


Perkataan yang lemah lembut itu melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera

Friday, December 25, 2009

fadhilat menuntut ilmu

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU

S
esungguhnya menuntut ilmu itu banyak suruhan dan kelebihannya, namun terdapat dalil-dalil yang emnunjukkan kelebihan menuntut ilmu di dalam Al-Quran dan juga sunnah Nabi SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya sesutu bab daripada ilmu yang dipelajari oeleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang di dalamnya” dan firman Allah Taala ertinya : “Maka tanya olehmu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.

Di samping itu terdapat juga fadhilat-fadhilat menuntut ilmu yang terlebih baik daripada beribadat sunat yang disabdakan oleh Nabi SAW ertinya : “Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamusembahyang seratus rakaat,” dan terdapat juga daripada hadis Abi Zarr RA katanya ertinya: “Setiap permulaan daripada orang yang mengajar ilmunya itu terlebih afdhal daripada sembahyang seribu rakaat dan mengunjungi seribu orang sakit dan menghantar seribu jenazah kemudian ditanya Rasulullah: Adakah ia terlebih afdhal daripada membaca Al-Quran dijawabnya : “Tidak manfaat membaca Al-Quran itu tanpa ilmu.” Seperti kata Imam Syafie RA, menuntut ilmu itu terlebih baik daripada sembahyang sunat. Dan Abu Darda’ juga telah berkata: “Demi Tuhanku bahawasanya aku belajar sesuatu ilmu terlebih kasih bagiku daripada beribadat setiap malam (qiamullail).
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Nabi SAW tentang kematian orang dalam menuntut ilmu antaranya, “Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka antaranya dan antara nabi-nabi di dalam Syurga adalah satu darjat.” Saidina Umar RA telah berkata sesungguhnya mati seribu orang yang kuat beribadat setiap malam kepada Allah Taala dan berpuasa setiap hari terlebih mudah daripada mati seorang yang alim atau mengetahui perkara-perkara yang dihalalkan dan diharamkan oleh Allah.
Namun begitu, Nabi SAW juga telah menggariskan kepada beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda, “Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan, maka tanyalah kerana diberi pahala kepada empat jenis orang di dalam ilmu pertama, kepada orang yang suka bertanya akan sesuatu ilmu, kedua kepada orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar ketiga kepada orang yang mendengar orang yang mengajar ilmu keempat kepada orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu. Dan Atta’ telah berkata sesungguhnya perhimpunan orang yang duduk di dalam majlis ilmu itu iaitu menghapuskan tujuh puluh perhimpunan majlis lagha (sia-sia).
Meneliti kepada kepentingan ilmu seperti yang tersurat, maka seharusnya bagi kita sebagai ummah terbaik mengambil kesempatan berharga di dalam kehidupan ini merancakkan lagi pemburuan ilmu. Mudah-mudahan masa yang berbaki dimanfaatkan seoptimum mungkin demi masa depan dakwah yang semakin mencabar.

Sunday, November 15, 2009

ILMU DAN TUNTUTANNYA

ILMU DAN TUNTUTANNYA

Muqaddimah

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف الانبياء والمرسلين وعلى اله واصحا به اجمعين

Melangkah ke bumi Anbiyak denga niat untuk menuntut Ilmu kerana Allah swt. bermakna kita telah menanggung satu tugas yang berat.
Firman Allah taala :
ولولا نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم اذا رجعوا اليهم لعلهم يحذرون
Maksudnya :
"Hendaklah ada di kalangan mereka satu golongan yang keluar untuk memahami agama dan memberi peringatan kepada kamu mereka apabila pulang kepada kaum mereka, mudah-mudahan mereka beringat."
(At-Taubah : 122)

Kewajipan Setiap Muslim
Tuntutan (التفقه فى الدين) bukan setakat berjaya membawa segulung ijazah semata, sebaliknya kita juga mestilah :
i. Mampu menguasai ilmu (التعمق فى الدين )
ii. Memahami (الفهم به )
iii. Mengamalkannya (العمل به )
iv. Menyampaikan kepada masyarakat (الدعوة به )
v. Mengubah Masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya (اصلاح المجتمع )

Dr. Yusof Qardawi di dalm bukunya (واجب الشباب المسلم اليوم ) telah menggariskan
bahawa , empat kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim ialah:-
i. Memahami Islam (فهم السلام )
طلب العم فريضة على كل مسلم و مسلمة
"menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas individu muslim mahupun muslimah"

ii. Beramal dengan Islam (العمل به )
يأيها الذين آمنوا وعملواالصالحات
"Wahai orang-orang yang beriman dan beramal soleh/ kebaikan"
iii. Menyampaikan Islam (الدعوة به )
ادعو الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة
"serulah kepada agama tuhanmu dengan hikmah serat bertimbang rasa dan perangi mereka dengan sebaiknya "

iv. Berjemaah (الترابط )
التزم جماعة المسلمين و امامهم
"berpeganglah kamu dengan jamaah muslimin dan kepimpinannya "

Pada keseluruhanya ia adalah berhubungkait antara satu sama lain, di mana kita tidak akan dapat mengamalkan Islam tanpa memahami apa itu Islam terlebih dahulu.

Ibnu Ruslan ada mengatakan :
وكل من بغير علم يعمل # عماله مردودة لا تقبل
Maksudnya :
"sesiapa yang beramal tanpa ilmu, amalannya tertolak tidak diterima"

Begitulah seterusnya kita tidak akan mampu menyampaikan Islam sebenar tanpa (ثقافة الاسلامية) Seterusnya menjadi kewajipan individu muslim berada di dalam jemaah Islamiah supaya tidak tergolong bersama orang-orang yang gugur di dalam jalan dakwah lantaran kekuatan tidak akan padu tanpa amal jamaie di saat belumterbentuknya negara Islam.


Saqofah Para Daie

(الثقافو الداعية ) merupakan antara syarat utama sebagai bekalan menuju ke medan dakwah. Al Ustaz Said Hawa di dalam bukunya (جندالله ثقافة و اخلاقا ) telah membentangkan secara terperinci berkaitan dengan (الثقافة الاسلامية المتكاملة ) yang sewajarnya mantap di kalangan para daie.
i. علم الاصول الثلاثة
ii. الكتاب وعلومه
iii. السنه و علومها
iv. علم اصول الفقه
v. علم الفقه
vi. علم الاخلاق والتزكية السلوك
vii. السيرة والتاريخ الاسلامية
viii. علم العربية
ix. المؤمرات على الاسلام
x. الدراسات السلامية المعاصرة
xi. فقه الدعوة

Ustaz Abdullah Nasih Ulwan di dalam bukunya (ثقافة الداعية ) pula telah membahaskan tentang enam bahagian (الثقافة ) yang perlu dikuasai oleh para daie sebagaimana yang telah digariskan oleh Dr. Yusof Qardawi :

i. الثقافة الاسلامية
القران الكريم وتفسيره
السنة النبوية ةكتبها
السيرة النبوية واهميتها
علم التوحيد
الفقه واصوله
علم التربية واداب السلوك
النظام الاسلامى

ii. الثقافة التاريحية
iii. الثقافة اللغوىو الادبية
iv. الثقافةالانسانية
علم النفسىوعلم الاقتصادية و علم الفلسفة
v. الثقافةالعلمية
استخدام العلم فى تأييد الدين
vi. الثقافة الواقعية
واقع العلم الاسلامى و غيره

Andainya kita telah berjaya melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu tersebut, maka kita telah mempunyai (الثقافة الداعية المتكاملة ) dan seterusnya mampu berdepan dengan semuagolongan masyarakat (المدعو ) InshaAllah.
Ciri-ciri Pendaei

Keberkesanan dakwah adalah bergantung kepada sifat-sifat para daie itu sendiri. Al Ustaz Jumaat Amin dalam bukunya (الدعوة الفرعى و اصول ) telah menggariskan bahawa pendakwah mestilah
i. (الصدق )
ii. (الامانة )
Kedua-duanya merupakan sifat asas yang mesti ada di dalam diri para daie, di mana ia
merupakan sifat para nabi dan rasul yang memang diakui oleh musuh baginda saw. Ketika Rasulullah bersabda :
ارأيتم ان أجبرتكم ات خيلا تغير عليكم خلف هذا الوادى أكنتم مصدقنى قالوا ما عهدنا عليك كذبا قط
Maksudnya:
" apa pendapat kamu jika aku mengatakan bahawa di sebalik lembah ini ada sepasukan tentera hendak menyerang kamu, adakah kamu mempercayaiku ? Mereka menyatakan, kami tidak pernah melihat engkau berdusta sama sekali."

Firman Allah :
اليس هو الصادق الامين
Maksudnya :
" tiada dia (rasul) seorang yang benar lagi amanah"
iii. (الاخلاص )
Firman Allah swt.
وماأمروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين
Maksudnya :
" Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya di dalam menjalankan agama "

iv. (الرحمة والحلم والرفق )

FirmanNya :
محمد رسول الله والذين معه اشد على الكفار رحما بينهم
Maksudnya :
"Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersamanya adalah tegas terhadap orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka."
v. (الصبر )
vi. (الامل والثقة فى نصر الله )
Firman Allah Taala :
ان تنصر الله ينصركم ويثبت اقدامكم
Maksudnya :
" Jika sekiranya kamu menolong agama Allah nescaya Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu "


Kaedah-kaedah Dakwah

Langkah -langkah yang perlu diserlahkan oleh daie kepada mad'unya ialah :

i. القدوة قبل الدعوة
ii. التألف قبل التعربف
iii. التعريف قبل التكليف
iv. التدرج فى التكلف
v. التيسير لا التعسير
vi. الاصول قبل الفروع
vii. البشارة قبل النذارة/ الترغيب قبل الترهيب
viii. التفهيم لاالتلقين
ix. التربية لا التعدية
x. التلميذ امام لا تلميذ كتب

BAGAIMANA KITA MENYERU KE ARAH ISLAM

PENGENALAN
Di akhir abad ini kita melihat (الصحوة الاسلامية) di seluruh ufuk alam yang akan kita lihat purnamanya, sabda Rasulullah S.A.W :

ما من نبي بعثه الله فى أمة قبلي إلا كان له من أمته حواريون وأصحاب يأخذون بسنته ويقتدون بأمره ثم إنها تخلف من بعدهم خلوف يقولون ما لا يفعلون ويفعلون ما لا يؤمرون فمن جاهدهم بيده فهو مؤمن ومن جاهدهم بلسانه فهو مؤمن ومن جاهدهم بقلبه فهو مؤمن ورآء ذلك من الإيمان حبة خردل

Maksudnya :
“Tidak ada seorang nabi pun yang Allah utuskan di kalangan umat sebelum ku kecuali ada dari kalangan umatnya penolong-penolong dan pembantu-pembantu yang berpegang dengan sunnahnya dan mengikuti perintahnya. Kemudian lahir selepas mereka golongan-golongan yang berkata apa yang tidak mereka lakukan dan melakukan apa yang tidak diperintahkan. Sesiapa yang berjuang dengan tangannya, dia seoarng mukmin, sesiapa yang berjuang dengan lidahnya dia seorang mukmin dan sesiapa yang yang berjuang dengan hatinya dia seorang mukmin. Dan tidak ada keimanan selepas itu walau pun sebesar biji sawi”.

TAKRIF DAKWAH
Dakwah berasal daripada perkataan (دعا إلى الشىء)
Maknanya mendorong dan membimbing kepada sesuatu atau dengan makna (السؤال) iaitu meminta. Firman Allah S.W.T :

- Al-Baqarah :68-

Ia juga bermaksud meminta bantuan (الاستغاثة) seperti Firman Allah :

- Al-A’raf : 56 –

Dakwah kepada Allah ialah dakwah untuk mengajak manusia kepada Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang diwahyukan daripada Tuhannya :

- Fussilat : 42 –

SUMBER-SUMBER RUJUKAN DAKWAH

1. Al-Quran
2. Sunnah Nabawiyyah dan Sirah
3. Sirah Salaf Al Soleh (perjalanan kehidupan orang-orang soleh di zaman dahulu)
4. Istinbat fuqaha’ (hukum-hukum yang diijtihadkan oleh ahli feqah)
5. Pengalaman

RUKUN DAKWAH

1. Maudu’ dakwah
2. Pendakwah
3. Mad’u (orang yang di dakwah)
4. wasail dan uslub dakwah

Maudu’ Dakwah

Agama Islam yang mempunyai beberapa ciri dan tabiatnya yang unggul seperti :
1. Rabbani
2. Syumul
3. Umum dan universal
4. Menerima pembaharuan dan anugerah (العطاء والتجدد)
5. Perseimbangan di antara maddi dan ruhani
6. Keadilan yang mutlak
7. Memudahkan, ringan dan dapat diterima akal

Firman Allah :
قل هذه سبيلى أدعو إلى الله على بصيرة أنا ومن اتبعن

Ulama tafsir menyatakan bahawa البصيرة dengan makna برهان عقلى وشرعى وبمعرفة وتحقق . Oleh itu para pendakwah perlu mengetahui Islam serta tabiatnya dengan sejelas-jelasnya untuk dikemukakan kepada mad’u. InsyaAllah kita akan kemukakan tabiat dakwah Islam dalam kertas kerja akan datang dalam program KPT.

Pendakwah

Mereka merupakan lelaki dan perempuan yang mukallaf pada syara’ ditugaskan untuk memikul amanah dakwah berdasarkan dalil-dalil yang banyak. Antaranya firman Allah :

- Al-‘Asr : 1-4 –

Kewajipan indivudu ini dapat dilaksanakan dalam dua bentuk :

1. Individu
2. Jamaah dalam erti kata melaksanakan kewajipan ini sebagai seorang anggota jamaah yang menyeru kepada Allah.
Firman Allah :

- Ali Imran : 1-4 –

Ibnu Kathir berkata : “Dimaksudkan daripada ayat ini bahawa hendaklah ada satu golongan daripada umat ini menceburi dan memikul urusan ini meskipun ia merupakan kewajipan setiap individu daripada ayat ini sebagai”.
Thabit dalam hadis Sahih Muslim :

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فإن لم يستطع فبلسانه فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان

Maksudnya :
“Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kuasa), jika dia tidak mampu maka hendaklah dia ubahkan dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu juga maka dengan hatinya sahaja . Dan ini adalah selemah-lemah iman”.

Para pendakwah perlu mengambil berat dalam mengislahkan diri mereka sehingga melahirkan sifat-sifat berikut :

1. Aqidah yang sempurna
2. Ibadah yang sah
3. Akhlak yang mantap
4. Ilmu pengetahuan yang luas
5. Kekuatan tubuh badan

Kita perlu mengetahui betapa pentingnya Islah nafsi kerana Hassan Al-Banna pernah berkata :
الدعاة اليوم غيرهم بالامس فهم مثقفون مجهزون مدربون إحصائبون ولا سيما غى البلاد الغريبة حيث تختص بكل فكرة كتيبة مدربة توضح غامضها وتكشف محاسنها وتبتكر لها وسائل النشر وطرائق الدعاعية وتلتمس لها فى نفوس الناس أيسر السنبل وأهونها وأقربها إلى الإقناع والإتباع

Mustafa Masyhur berkata :
“Baikilah dirimu dan serulah orang lain kepada Islam”.
Di mana ada orang berkata :
“Saya tidak baik, macam mana hendak dakwah orang lain”.
Ingatlah firman Allah Ta’ala :

- Al-‘Ankabut : 69 –

Said Hawa berkata :
“Sesiapa yang faham dengan sebenar-benarnya ayat tersebut dari segi kedudukannya dan kandungannya serta mengerti maknanya dan beramal dengan intipatinya, dia akan memperolehi kebaikan yang banyak”.

Bagaimana kita hendak berdakwah kalau kita tidak berakhlak dan tidak cukup persediaan dan bagaimana pula kita hendak meninggal kerja dakwah ini sedangkan ia adalah tugas seorang muslim dan kita tidak tahu bila kita akan mati ?

Mad’u
Risalah Islam adalah untuk seluruh manusia ‘aqil baligh yang ditaklifkan untuk menerima dan menyahut seruannya.
وما ارسلناك إلا كآفة للناس بشيرا ونذيرا

Golongan-golongan mad’u

Doktor Abdul Karim Zaisen membahagikan mereka kepada :
1. Al Malak (pembesar)
Ahli tafsir berkata mereka adalah orang-orang yang mulia, pemimpin-pemimpin, ketua-ketua dan pihak berkuasa di satu-satu kaum. Golongan ini dihadapi oleh para rasul di sepanjang zaman. Allah menceritakan dakwah nabi Nuh dengan firmannya :
لقد أرسلنا رسلنا نوحا إلى قومه فقال يا قوم اعبدوا الله
2. Orang ramai
Ibn Kathir berkata : “Kebenaran biasanya diikuti oleh golongan-golongan yang lemah di kalangan manusia.

3. Golongan munafiqin
4. Muslim yang menderhaka kepada Allah
Mereka perlu ditarbiah untuk merawat penyakit hati dan jiwa
Hassan Al-Banna pula menyatakan bahawa dihadapan kita terdapat salah satu daripada 4 golongan ini :

1. Mukmin
Individu yang beriman dengan dakwah ini, membenarkan dasar-dasar kita. Dan merasa tenang serta penuh kebaikan terhadap dasar-dasar kita. Golongan ini kita menyeru agar bersegera menyertai kita dan bekerja bersama-sama kita sehingga bertambah jumlah para pejuang.

2. Mutaraddid
Individu yang tidak jelas padanya kebenaran, tidak mengenali keikhlasan dan faedah pada kata-kata kita.(متوقف متردد)

3. Naf’ie (mencari kepentingan)
Individu yang tidak mahu mencurahkan bantuan dan pertolongan kecuali apabila dia mengetahui faedah dan kemewahan akan kembali kepadanya.

4. Mutahamil (متحامل)
Individu yang buruk sangka penuh dengan rasa ragu dan syak, dia tidak melihat kita kecuali denagn kacamata hitam dan tidak menceritakan tentang kita kecuali dengan kata-kata yang pedas yang meragukan.

Matlamat-matlamat Dakwah

Syeikh Abu A’la Al Maududi membahagikan kepada 3 tuntutan penting :
1. Dakwah kita untuk sepanjang masa dan khusus untuk muslimin agar mereka mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukan dengan sesuatu pun dan tidak mengambil tuhan yang lain daripadaNya.
2. Dakwah kita untuk mereka yang mencahirkan keredhaanNya kepada Islam sebagai Ad Din agar mengikhlaskan cara hidup mereka kepada Allah dan membersihkan diri mereka daripada sifat-sifat nifak dan kerja-kerja yang bercanggah dengan Islam.
3. Dakwah kita untuk seluruh penghuni muka bumi agar dapat dilakukan perubahan umum pada dasar kehakiman sekarang yang dikuasai oleh tahgut dan penjahat yang memenuhkan muka bumi dengan kerosakan dan menvabut kepimpinan pemikiran dan keilmuan daripada tangan mereka sehingga orang-orng yang beriman kepada Allah mengikut agama yang benar, takut berlaku keburukan dan kerosakkan di atas muka bumi ini.

Uslub Dan Wasail Berdakwah

Dakwah kepada Allah memerlukan ilmu dan kelayakan tertentu dalam menyampaikan Risalah Islam dengan mengambil kira suasana dan realiti manusia, keilmuan tentang cara bagaimana hendak menyampaikan Islam adalah uslub dakwah. Manakala wasail dakwah ialah alat-alat yang digunakan untuk membantu para daie dalam berdakwah.

InsyaAllah kita akan memperjelaskan minhaj bagaimana para daie hendak berdakwah kepada Islam dalam kertas kerja yang khusus tetapi cukuplah kita memahami firman Allah :


Pelbagai uslub dakwah dapat digunakan, antara yang terbaik seperti berikut :

1. Penyampaian yang baik
2. Uslub yang elok
3. Dorongan kepada kebenaran
4. Menggunakan hikmah dan teguran yang baik
5. Berbincang dengan beradab
6. Menjaga keadaan sekeliling
7. Menggunakan sistem maklumat terkini dan teknologi canggih.

Oleh itu para daie semestinya mengetahui apa yang dikatakan dan bijaksana dalam berdakwah.

Wahai saudara pendakwah !
Kalau kita yang Allah anugerahkan sedikit ilmu tidak mampu beramal, maka tunggulah janji Allah yang benar dengan kehancuran di dunia dan penyesalan di akhirat dan ingatlah firman Allah :

-As Syura : 15 –
Maksudnya :
“Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka – wahai Muhammad- kepada beragama yang betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, sebaliknya katakanlah : “aku beriman kepada segala kitab yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu”. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas dan nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi Pembalasan)”.

Al Ustaz Doktor Wahbah Az Zuhayky menyatakan bahawa ayat ini merangkumi sepuluh perintah dan larangan di mana setiap daripadanya mempunyai sifat yang tersendiri. Tidak ada yang seumpamanya melainkan ayat Kursi. Ia juga mempunyai sepuluh tajuk. Seluruh perintah dan larangan ini ditujukan kepada Nabi Muhammad dan ummatnya.

Sementara doktor As Siba’ie Rahimahullah pula menyatakan bahawa keburukan yang menimpa agama ini di sepanjang zaman adalah disebabkan dua golongan. Iaitu golongan yang buruk kefahamannya dan golongan yang ingin mengambil kesempatan untuk manfaat diri mereka. Inilah yang menyesatkan orang-orang mukmin dan memberi peluang kepada glongan yang engkar untuk berhujjah.

Wallahu a’lam.